Asalamuallaikum . Hari ni banyak yang nak cerita tapi tak sempat sebab takut ade hal lain so saya akan cerita ala2 flashback saja.....lepas hari terakhir sekolah,terus bergerak ke Kota Tinggi , Johor untuk pulang ke perantauan di Air Tawar 3 . Selepas seminggu duduk di kampung , tiba masa untuk balik ke KL but saya ambil keputusan untuk tinggal di kampung sementara ahli keluarga yang lain pulang ke ibu kota. Since that time , saya banyak melalui pengalaman yang jarang diperoleh di Kuala Lumpur , hanya dapat diperoleh di kawasan desa sahaja .
Cukup sampai situ , memandangkan pengalaman itu agak ''private'' jadi saya tidak perlu nak mencoretkannya di sini , cukup sekadar ''buat sendiri , simpan di hati''...... Tujuan utama saya mencorat coret ialah kerana kini title telah ditukar ! Banyak kekurangan dalam blog saya dari segi design , header , background dan lain2 tetapi harap dimaaf kan kekurangan saya ni memandang kan saya boleh diklasifikasi kan sebagai ''pendatang baru'' dalam bidang blogging ni..........
Kembali kepada tujuan asal , saya telah coret kan di atas yang title saya telah ditukar dari Pink SNSD kepada Jejaka Merah Jambu sebagai title yang baru . Agak janggal sebenarnya nak sebut nama blog saya yang baru ni .....''Jejaka Merah Jambu''...???,walaupun janggal tapi mesti dibiasakan memandangkan perubahan ke yang lebih baik adalah baik untuk diri kita , ''Another name for TRANSFORMATION is NEW....'' . Nama baru blog saya ni diilhamkan dari warna yang menjadi penyeri bagi para gadis dan wanita dan yang menjadi warna pertama dalam senarai warna kesukaan saya sendiri iaitu merah jambu . Merah jambu atau ''Pink'' adalah hasil dari campuran warna merah dan warna putih dan juga sering dikaitkan dengan warna keperempuanan atau ''gegirl pink'' , tapi bagi saya , warna bukan lah menjadi satu ukuran dalam menilai peribadi seseorang bagi sesiapa yang meminati warna merah jambu terutamanya lelaki .
''Jejaka Merah Jambu'' , nama yang saya rasa pasti memberikan sedikit kelainan dan perasaan ''unik'' bagi para pembaca blog ni . Diharap dengan bertukar nya nama blog saya , para pembaca terhibur dan ''riang ria'' sewaktu membaca . Daebak !!!
XOXOD , Publish !
No comments:
Post a Comment