Back to the main course , PBlog like to read Hanis Zalikha post also , terutamanya pasal tambah berat badan , well , memandangkan PBlog agak kurus sekarang ni ( hakktuihh ! ) here the link : Hanis Zalikha's .
Today , PBlog nak share sikit info about berat badan , actually Hanis alias Keknis dah post benda ni kat blog dia , but PBlog dah lama minat nak cerita pasal body weight ni but , PBlog ni awek muda sgt so dikira noob dalam hal ni ( yakks ! ) and PBlog tiada mood nak geledah bersama rakan rakan blogger yg lain kat Wikipedia tu so PBlog just copy&paste je ,.... Hari ni , PBlog nak share tips turun/maintain berat badan memandangkan PBlog dah agak chubby ( tadi kata kurus , penipu besar ! ) .
1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu, PBlog cuma makan 3kali sehari.
2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner PBlog memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.
3. Sejak PBlog dah dewasa ini, PBlog agak-agak PBlog dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi PBlog pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis (kecuali Red Bull untuk waktu kerja terutama waktu belajar). Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.
4. Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2. Syukur sebab sistem penghadaman PBlog baik, boleh auto every morning LOLOLOLOL TOO MUCH INFO SHADAP YOU, tapi bagi yang susah nak berry everyday: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!
5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab PBlog suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur PBlog akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.
6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi PBlog akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.
7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang PBlog makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)
Well then , tu je lah post PBlog this time , harap PBS ( Pembaca Blog Setia ) boleh practise tips tips ni ya , not offended . To Keknis , harap maaf dari lipstik hingga ke high heels sebab guna post Keknis ya ( peace no war ! ) .
No comments:
Post a Comment